Friday, March 13, 2009

SORANG LAGI HERO AKU..


Nih sorang lagu anak aku..yang no 2 last. Ramai cakap muka dia tak sama macam muka aku. ada kata muka macam pakistan laa. muka macam hindustan laa. eee.. heran aku..
Tapi sekarang diaorang tak kata cam tu lagi dah..coz
aku dah antar sorang-sorang ke wad ICU......(hah... berani kata lagi)

Friday, February 27, 2009

COMEL TAK??


Nih ler gambo anak dara aku yang sulong dan anak bujang aku. Yang Girlz tu tingkatan 2 kat Sekolah Berasrama penuh Integrasi n yang lelaki tu Tingkatan 1 kat Sekolah Menengah Agama Al-Maarif Kuantan. Diaorang Nih ler harapan aku.. moga diaorang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Aminnnn.....

TEKA SAPA NIH??


Ni ler gambo satu-satunyer isteriku tersayang (bwat mas ni ler.. hee..hee..)

Saturday, February 7, 2009

Gambor Terbaru aku

Ni ler gambor-gambor masa aku buat lawatan kat Maktab sultan Abu Bakar taun lepas. Best gak dapat melancung ke negeri Johor.. hee.. hee.



Fokus kan mata korang pada super hero kat belakang baju merah tuu...


Saturday, January 17, 2009

Si Bongsu

Ini ler anak bongsu aku dari 6 orang cahaya mata yang aku ada.


Sayangnya genetik aku tak berapa kuat menyebabkan kaler rambutnya tak sama ngan aku. Apa pon aku sangat bersyukur dengan kehadirannya dalam hidupku. Si bongsu yang sekarang berusia 3 tahun. Tak terlayan aku kerenahnya.

Friday, January 16, 2009

LIHATLAH KEKEJAMAN ISRAEL




Tengok lah betapa kejamnya mereka. Adakah kita masih mahu membantu israel dengan membeli barangan mereka?? Fikirlah teman-teman.
ali68

Jom Boikot Barangan Amerika

Jom kita boikot barangan buatan Amerika sekutu Israel Laknatullah.Ekonomi Amerika dah teruk, mari kita usahakan untuk menambahkan lagi sengsara Amerika. From Bad to Worst.Setiap muslim mesti ada azam ni. Setiap sen yang anda keluarkan untuk membeli menggunakan barangan Amerika menyumbang kepada tumpah darah saudara Muslim. Allahu Akhbar!Kalau Amerika tak nak dengar melalui political will, kita tunjukkan melalui economical will.Senaraikan barangan buatan Amerika. Sama-sama kita boikot. Tiada alasan.





Arsenal Football Club has just signed (26th February) a sponsorship deal to promote Israel as a tourist destination.
The £350,000 agreement makes Israel Arsenal's "official and exclusive travel destination." Israel will be featured on digital perimeter boards and 450 high-definition LCD screens at the stadium on game days.[1] The tourism ministry will also have access to the club's official website Arsenal.com, database and magazine to promote Israel as a holiday destination [2]
The televised ads will reach audiences of up to 700 million in an estimated 198 countries. The Israeli Tourism Ministry will also receive intellectual property rights, the use of the team logo and the right to use photos of the team and its players in ads. For an additional fee, Arsenal players will also appear in the ads.[3]
The deal doesn't stop with promoting Israel but actually grants Israel a physical presence in the stadium. The Israeli Tourism Ministry can use the stadium's banquet hall twice a year and can organize an exhibition at the end of the playing season.[3] The stadium will also feature permanent sales tables for t-shirts.[4]
The two-year sponsorship deal begins at the start of next football season in six months' time.

DUNIA YANG FANA



Dunia laksana bunga yang keindahannya segera sirna
Ia juga laksana embun pagi yang cepat lupus


Dunia iniKebahagian bercampur kesedihan
Kesihatan disertai kesakitanYang halal akan dipertangungjawabkan
Yang haram akhirnya di neraka
Cahaya di dunia diikuti kegelapanKenikmatan nafsu lazimnya disertai dosa.


Dunia iniTempat bertemu yang hujungnya perpisahan
Keindahannya tidak lebih sekadar penampilan
Kenikmatan hidup di dalamnya berbaur dengan keruhnya kemaksiatan
Kemakmuran di dalamnya berakhir dengan kemiskinan
Kekuasaan di dunia cepat runtuh atas racun nafsu yang mematikan,


Akhirnya pesona dunia tidak lebih dari fatamorgana
Dan Akhirat itulah yang kekal..


Ali68

WELCOME TO MY BLOG.

Pada sumer member-member yang klik kat blog aku ni, aku arap korang jangan mengharapkan sesuatu yang bagus sangat kat blog aku ni. Sebenornya aku pun baru jer main blog ni. Cuba-cuba jer sebab aku yakin takde orang yang akan masuk blog aku ni..

Tapi bila korang dah tau pasal blog aku ni. Insyaallah aku akan sentiasa updatekan blog aku ni n akan memeriahkan hari-hari korang.

ali.